Siapa saja bisa mengalami penyakit dislipidemia atau lebih dikenali kolesterol merujuk kepada keadaan di mana kadar kolesterol dalam darah tidak normal.
Kolesterol merupakan lemak yang diperlukan oleh tubuh untuk beberapa fungsi penting, tetapi apabila tahapnya terlalu tinggi, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesehatan, terutamanya penyakit jantung.
Berikut ciri-ciri dan faktor penyakit kolesterol:
1. Tiada simptom awal (tanpa gejala
Kolesterol tinggi biasanya tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal. Oleh itu, ramai orang tidak menyedari mereka menghidapinya.
2. Sakit dada
Jika kolesterol yang tinggi menyebabkan pengumpulan plak di arteri (aterosklerosis), ia boleh menghalang aliran darah ke jantung, menyebabkan sakit dada atau angina.
3. Kesukaran bernafas
Kegagalan jantung akibat penyumbatan arteri boleh menyebabkan sesak nafas, terutama semasa aktiviti fizikal.
4. Kaki bengkak
Arteri yang tersumbat juga boleh menyebabkan pembengkakan di kaki atau pergelangan kaki, disebabkan oleh pengurangan aliran darah.
5.Peningkatan lemak di sekitar mata
Terdapat kemungkinan terjadinya benjolan atau lekukan lemak berwarna kuning di sekitar mata atau kelopak mata (xanthelasma), yang berkaitan dengan kolesterol tinggi.
6. Pening atau keletihan
Pengaliran darah yang terganggu akibat plak dalam arteri boleh menyebabkan pening atau keletihan yang berlebihan.
Faktor risiko untuk penyakit kolesterol:
– Pemakanan tinggi lemak tepu dan trans
– Gaya hidup tidak aktif (kurang bersenam)
– Merokok dan minum alkohol secara berlebihan
– Obesiti
– Faktor keturunan (sejarah keluarga dengan masalah kolesterol tinggi)
Penting untuk memeriksa tahap kolesterol secara berkala melalui ujian darah untuk mengesan masalah ini lebih awal, terutamanya jika terdapat faktor risiko yang disebutkan di atas.